Jumaat 04 March 2016, Perak – Aktiviti Team Building & Family Day merupakan satu acara anjuran jabatan yang diadakan setiap dua tahun sekali. Pada tahun ini, lokasi yang telah dipilih adalah di The Lost World of Tambun, Ipoh, Perak.

Aktiviti selama 3 hari 2 malam ini melibatkan semua pakar perubatan dan staf sokongan Respiratory Medicine PPPUiTM bersama ahli keluarga masing-masing. Objektif utama adalah membentuk sikap dan peribadi positif dan berintegriti serta memupuk sifat setiakawan dan semangat kerja berpasukan di dalam diri setiap individu.

Program selama 3 hari telah dibahagikan kepada 2 sesi, iaitu 2 hari pertama adalah sesi Team Building staf manakala hari terakhir dan malam sebelumnya adalah sambutan Hari Keluarga peringkat jabatan dimulai dengan majlis Grand Dinner di dalam Gua Capura (Capura Cave) bertempat di dalam kawasan The Lost World of Tambun Waterpark. Kehadiran seluruh warga kerja Respiratory Medicine PPPUiTM termasuk semua pakar perubatan dan Ketua Jabatan amat bermakna buat semua yang ada.

Syabas kepada Respiratory Team yang telah berjaya menganjurkan aktiviti kali ini dan terima kasih kepada semua yang sudi meluangkan masa hadir bersama.

Gambar di facebook:
KLIK SINI

– Buletin & Penerbitan, Respiratory Medicine PPPUiTM