Rabu 08 June 2016, Kuala Lumpur – Seluruh warga kerja Respiratory Medicine PPPUiTM telah diraikan dalam satu Majlis Berbuka Puasa (Iftar) sempena bulan Ramadhan 1437 Hijriah. Majlis yang diadakan pada peringkat jabatan ini telah diadakan di Restoran Bora Asmara, Kg. Sungai Penchala, Kuala Lumpur. Seperti mana majlis seumpama yang pernah diadakan pada tahun-tahun lepas, lokasi restoran dipilih berdasarkan faktor kedudukannya yang tidak terlalu jauh dari PPPUiTM Sungai Buloh dan Selayang bagi memudahkan semua staf bergerak ke lokasi selepas tamat waktu bekerja.

Majlis pada tahun ini merupakan acara yang lebih bermakna buat seluruh warga kerja dengan kehadiran mantan Ketua Jabatan yang kini memegang jawatan Timbalan Dekan (Perkhidmatan Klinikal) di Fakulti Perubatan UiTM, Yg.Brs. Dr Ahmad Izuanuddin Ismail. Dr Mohd Arif Mohd Zim yang kini memegang jawatan Ketua Jabatan juga turut hadir bersama keluarga. Staf lain yang hadir juga turut membawa ahli keluarga masing-masing.

Majlis Iftar seperti ini merupakan satu acara tahunan yang dianjurkan bertujuan mengeratkan silaturrahim antara staf serta diharap mampu memupuk semangat kerja berpasukan yang lebih telus antara pakar perubatan dengan staf sokongan. Ini merupakan tahun ketiga majlis seumpamaa diadakan.

Tahniah kepada Respiratory Team atas kejayaan menguruskan majlis dan terima kasih yang tak terhingga kepada semua dif jemputan yang sudi hadir. Semoga Ramadhan tahun ini membawa seribu keberkatan kepada semua, insyaAllah.

Gambar di facebook:
KLIK SINI

– Buletin dan Penerbitan, Respiratory Medicine PPPUiTM